Dari Usman bin Affan dari Abbas,
Rasulullah bersabda, “Aku adalah orang yang paling awal dibangkitkan
dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat
pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan
nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat
yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang
lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan membuang tanah yang
ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata, ‘Kami bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu
Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta dibenarkan
oleh para rasul’.”
Ibnu Abbas berkata, “Orang yang pertama
dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad. Malaikat Jibril
akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan
membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa
bersamanya pakaian-pakaian surga.”
Malaikat Jibril akan menyeru, “Wahai
dunia! Di mana kubur Muhammad?” Bumi menjawab, “Sesungguhnya, Tuhanku
telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan
gunung-ganungku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad.”
Rasulullah bersabda, “Lalu diangkatkan
tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ke awan langit. Maka,
empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara, “Wahai roh yang
baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga,
ketika Rasulullah berdiri, beliau telah membuang tanah di atas kepala
dan janggut beliau. Rasulullah melihat kanan dan kiri. Beliau dapati,
tiada lagi bangunan. Beliau menangis sehingga mengalir air matanya ke
pipi.
Malaikat Jibril berkata kepada
Rasulullah, “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah di
tempat yang luas.” Rasulullah bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah
ini?” Jibril menjawab, “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah
hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari
pembentangan Allah.”
Rasulullah berkata, “Kekasihku Jibril!
Gembirakanlah aku!” Jibril bertanya, “Apakah yang kamu lihat di
hadapanmu?” Rasulullah berkata, “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril
berkata, “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di
atasmu?” Rasulullah berkata, “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku
bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril
berkata, “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi
daripada manusia, sebelummu?” Rasulullah berkata, “Niscaya akan, kuatlah
pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril
berkata, “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad dan pergilah ke hadapan
Tuhanmu!”
Malaikat Jibril datang bersama Buraq ke
arah Rasulullah. Buraq meronta-ronta, lalu Jibril berkata kepadanya,
“Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik
dicipta oleh Allah? Sudahkah Allah perintahkan kepadamu agar
mentaatinya?” Buraq menjawab, “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku
ingin dia mensyafaatiku agar memasuki surga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah akan datang pada hari ini dalam keadaan marah.
Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Rasulullah bersabda
kepada Buraq, “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, niscaya aku
memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan
Rasulullah menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq
sejauh pandangan mata. Apabila Rasulullah berada di Baitul Maqdis di
atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil menyeru, “Wahai
tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,
rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus!
Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar
laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Allah Yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam
sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh
makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di
atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang
sangat pekat seperti air mani lelaki. Dengan demikian, tersusunlah
tulang-tulang, urat-urat memanjang, daging kulit dan bulu akan tumbuh.
Sebagian mereka akan kekal ke atas sebagian tubuh tanpa roh.
Allah berfirman, “Wahai Israfil! Tiup
sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni
kubur. Sebagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebagian
dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil
menjerit, “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Allah.”
Allah berfirman, “Demi keagungan dan
ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila
roh-roh mendengar sumpah Allah, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad
mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing
melihat.
Rasulullah duduk di padang pasir Baitul
Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang
berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Rasulullah merupakan satu umat.
Rasulullah berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti
gelombang lautan. Jibril menyeru, “Wahai sekalian makhluk, datanglah
kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah.”
Umat-umat datang di dalam keadaan
satu-satu kumpulan. Setiap kali Rasulullah berjumpa satu umat, beliau
akan bertanya, “Di mana umatku?” Jibril berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu
adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa datang, Jibril menyeru,
“Tempatmu!” Maka nabi Isa dan Jibril menangis.
Rasulullah bertanya, “Mengapa kamu berdua
menangis.” Jibril berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Rasulullah bertanya, “Di mana umatku?” Jibril menjawab, “Mereka semua
telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian,
Rasulullah menangis lalu bertanya, “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan
umatku yang berbuat dosa?” Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai
Muhammad!” Apabila Rasulullah melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada beliau dengan apa yang telah Allah
muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan beliau.
Rasulullah juga gembira terhadap mereka. Rasulullah bertemu umatnya yang
berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka
sambil menyeru, “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi.
Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Rasulullah berkata, “Wahai
umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian,
terdengar dari arah Allah seruan yang menyeru, “Di mana Jibril?” Jibril
berkata, “Jibril di hadapan Allah.” Allah berfirman di dalam keadaan Dia
amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad?”
Jibril berkata, “Mereka adalah sebaik umat.” Allah berfirman, “Wahai
Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad bahwa umatnya akan datang
untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”
Malaikat Jibril kembali di dalam keadaan
menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk
ditayangkan kepada Allah.” Rasulullah berpaling ke arah umatnya lalu
berkata, “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada
Allah.”
Orang-orang yang berdosa menangis karena
terkejut dan takut akan azab Allah. Rasululah memimpin mereka
sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah.
Allah berfirman, “Wahai hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku
tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua
melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah terdiam. Allah
berfirman, “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang
telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan siapa yang
mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab siapa yang durhaka terhadap-Ku.
Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya,
bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu
berkata, “Wahai Malik! Allah telah memerintahkanmu agar membawa
Jahanam.” Malik bertanya, “Apakah hari ini?” Jibril menjawab, “Hari ini
adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap
jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata, “Wahai
Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab, “Ya!”
Malik bertanya, “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata, “Di
hadapan Allah!”
Malik bertanya lagi, “Bagaimana mereka
mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila
mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril menjawab, “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan
sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya.
Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api
dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan
bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti
manakala air mata darah manusia mengambil alih. Anak-anak mulai beruban
rambutnya. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia
kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Hari kiamat adalah waktu terakhir semua
manusia, tidak ada lagi kesempatan untuk bertaubat, padahal Allah Maha
Pengampun. Satu-satunya penolong hanyalah syafaat Rasulullah, dan
syafaat itu berlaku untuk umat Rasulullah yang mengikuti sunnahnya. Oleh
karena itu, marilah kita cintai dan ikuti Rasulullah mulai sekarang
sebelum datangnya hari kiamat itu, jangan menganggap hari akhir itu
masih lama datangnya, tidak usah menunggu tanda-tanda kiamat dahulu
untuk bertaubat, karena dosa sebesar apa pun akan diampuni olah Allah
mumpung hayat masih di kandung badan. Semoga kita terhindar dari
keganasan malaikat Malik dan Neraka Jahannam.
Amin Ya Rabb Al-’Alamin…
0 komentar:
Posting Komentar