Dalam suatu khutbahnya Rasulullah s.a.w. telah menyeru supaya manusia berbuat baik antara satu sama lain terutama terhadap anak-anak yatim, janda-janda juga terhadap binatang.
Pada suatu hari ketika baginda berjalan pulang ke rumahnya, lalu dilihat seekor kucing sedang tidur dengan anak-anaknya di atas jubah yang hendak dipakainya. Sikap baginda yang cintakan binatang membuatkan baginda menggunting bahagian jubah yang selebihnya untuk di pakai. Dengan itu kucing-kucing tersebut tidak terganggu.
Suatu ketika baginda berjalan-jalan disuatu lorong, tiba-tiba baginda melihat seekor unta sedang berlari dengan cepat Orang-orang lari untuk menghindar dari unta itu. Tetapi anehnya ketika unta itu sampai kepada Rasulullah ia menjadi jinak, lalu unta itu dipeluk oleh baginda. Sejurus kemudian orang yang mempunyai unta itu datang dengan dengan tertatih-tatih sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.
Rasulullah tahu apa yang menyebabkan unta itu lari dari tuanya. Baginda berkata: "Kenapa engkau tidak memberikan makanan yang cukup untuk unta ini? Ia mengadu lapar kepadaku. Kalau engkau dapat menjaganya dengan baik ia tidak akan lari." Orang itu sangat terkejut mendengar kata-kata Rasulullah, dia tidak menyangka bahawa unta itu mengadu kepada Rasulullah dan baginda memahami bahasa binatang itu. Lantas ia mengaku kesalahannya itu.
Sejak itu ia sedar bahawa unta itu bukanlah semata-mata sebagai peliharaan saja bahkan harus dijaga dengan baik.

0 komentar:
Posting Komentar